Isnin, 20 April 2009

Umai Obor-obor


Pernah makan umai? Obor obor? Bagi orang Sarawak umai adalah delicacy yang popular seperti juga budu di Terengganu, air asam di Kedah dan cencaluk di Melaka. Ada beberapa jenis bahan utama yang digunakan untuk buat umai. 3 yang utama ialah ikan, udang dan obor obor. Yang menariknya, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat umai tidak dimasak, sebaliknya dipotong potong halus, digaul dengan bahan bahan lain seperti hirisan tomato, cili, bawang dan hirisan limau. Umai ikan dan udang senang dijumpai, tetapi obor obor pula kadang kadang jumpa, kadang kadang tidak. Kebetulan waktu singgah di Wisma Satok tadi, sempatlah singgah di kedai Molly’s Place di tingkat 4, yang dulu pernah disinggah oleh Maria Tunku Sabri untuk program JJCM. Memandangkan belum pernah rasa umai obor obor, saya pun belilah. Kira boleh tahanlah jugak rasa dia. Masam masam gitu. Berani makan?

Di sini saya nak kongsikan resepi Umai Obor-Obor. Untuk pengetahuan semua Umai merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat Melanau di Sarawak. Ia dibuat daripada isi Ikan mentah.


Umai Obor-Obor
1. 300 gram Obor-Obor masin

2. Dua batang cili merah (dihiris nipis)
3. Sebiji bawang besar (dihiris nipis)

4. Dua biji bawang merah (dihiris nipis)

5. 1 sudu serbuk kacang tanah (yang telah digoreng & ditumbuk)
6. 5 - 7 biji limau kasturi
7. Ajinomoto secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya
1. Rendam Obor-Obor untuk mengurangkan rasa masinnya selama beberapa jam

2. Tus & hiris Obor-Obor kecil-kecil.

3. Potong dan perah semua limau kasturi, gaulkan dengan Obor-Obor.

4. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi.

5. Masukkan serbuk kacang tanah.

6. Gaul sehingga sebati, tambah Ajinomoto secukup rasa.

7. Hidangkan.

Umai Obor-Obor amat sesuai dijadikan pembuka selera, kalau nak pedas tambahkan cili api. Tak perlu tambah garam kerana Obor-Obor sudah masin. Kalau tak nak terlalu masam, kurangkan limau. Selamat mencuba resipi ini khas dari Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan