Isnin, 20 April 2009

Pansuh Manok

Sunday tadi, seperti kebiasaannya Mummy ajak we all semua berambeh kat umah makcik di Matang Jaya. Ni adalah tradisi keluarga we all, setiap hujung minggu we all akan spentkan time menziarahi adik-beradik mummy. The best part is sebab ada makan-makan. Dpendekkan cerita, menu we all (disediakan oleh aunty Rose) for lunch hari tu meman best gile. We all ada cekur manis dengan sayur labu kuning, Pansuh Manok atau ayam masak di dalam buluh, sambal belacan dan ulam-ulam, yang paling best makcik sediakan nasi bungkus dalam daun. Pergh.. time makan memang tak ingat, sampai dua bungkus saya makan. Hehehe.. sedap sehingga menjilat jari.

Pansuh Manok (Ayam masak di dalam Buluh)

So sempatlah tanyakan kat Mummy, camne nak buat Pansuh Manok ni. Rupa-rupanya nak masak pansuh ni tak de lah susah sangat pun. Ringkas dan cepat disediakan. Lagi satu, bagi saya pansuh manok ni kiranya makanan yang sihat sebab ia tak melibatkan penggunaan minyak dan tak perlu digoreng. So bagi korang yang nak belajar bagaimana nak masak pansuh ayam ni, jom lah try resipi yang saya bagi ni.

PANSUH AYAM (ALA BIDAYUH)
BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam
1 ikat pucuk ubi kayu
3 batang serai (diketuk)
3 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 inci halia (dihiris)
Garam dan aji-no-moto secukup rasa
Umbut lengkuas sebagai pewangi
Buluh sederhana besar

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. potong ayam sederhana besar dan cuci bersih. (jangan terlalu besar nanti tak muat masuk dalam buluh).
  2. perap ayam dengan bawang, halia, serai, garam dan aji selama 3 minit.
  3. ambik pucuk ubi yang masih muda, cuci dan ramas menggunakan garam kira2 1/4 sudu teh ( jangan terlalu banyak garam nanti masin).
  4. gaulkan daun ubi yang telah diramas sederhana lumat dengan ayam yang telah diperap tadi.
  5. cuci buluh terlebih dahulu kemudian masukkan ayam dan daun ubi yang telah digaul tadi.
  6. bakar buluh yang telah diisi ayam menggunakan api kayu (seperti membakar lemang).
  7. setelah ayam mendidih, bakar lagi selama 30 minit.
  8. apabila telah masak, tuangkan ayam ke dalam mengkuk yang sederhana besar dan boleh dihidang.

Buat pengetahuan korang, Pansuh Manok sememangnya popular di Sarawak, masakan ini dipelopori oleh suku kaum Iban dan Bidayuh. Thanks Aunty Rose sebab jemput we all semua having lunch kat rumah aunty. Next time jemput lah lagi ek? Hehehe..

Nasi dibungkus dengan daun

Cekur manis dimasak bersama labu kuning

Hehehe.. best tau makan dengan nasi bungkus dalam daun.. Mesra Alam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan