Laksa Sarawak bukan lah seperti Laksa Penang, Laksa Johor mahupun Laksam. Tapi ada sedikit persamaan dengan Laksa Lemak Nyonya tu. Sekiranya laksa penang guna mi yang dibuat dari beras, dan laksa Johor dengan glamernya menggunakan spaghetti, maka laksa Sarawak tidak kurang hebatnya, guna bihun sahaja. Bila balik je ke Kuching, confirm the first thing in mind, suruh Mummy masakkan Laksa Sarawak. Ye lah duduk kat semenanjung memang payah sikit nak cari makanan-makanan Sarawak ni. Oopss.. bukan nak kata susah lah, cuma rasanya tak sehebat yang original made from Kuching. Korang yang dari semenanjung maybe boleh tertipu but not me yang originally from Sarawak. Member-member rumah pernah ajak try kat Aunt Christina’s Sarawak Laksayang terletak kat Lucky Garden Bangsar. Stall Aunt Christina ni terletak di dalam coffee shop Nam Chun (kalau kat papan tanda kedai, dia tulis KEDAI MAKANAN NAM CHUN). Dikatakan Madam Christina ni berasal dari Padungan, Kuching dan telah menetap di KL selama 13 tahun dan telah lebih 10 tahun mengusahakan perniagaan ini. Hmm... this one really taste like home’s. Untuk menyediakan Laksa Sarawak tidak lah sesusah mana pun. Yang penting korang perlu ada Perencah Laksa Sarawak, dan perencah ini hanya boleh didapati di pasaraya-pasaraya di Sarawak sahaja. Memandangkan hujung minggu tadi Mummy ada urusan, saya berusahalah menyediakan Laksa Sarawak ni sendiri. Hehehe... tu pun berdasarkan resipi yang Mummy bagi.
LAKSA SARAWAK BAHAN-BAHAN
400gram pes laksa Sarawak
2 bungkus Bihun
500gram udang basah
3 ketul dada ayam
500ml santan pekat
8 biji telur ayam
1 kiub pati ayam maggi
2 sudu besar sos tiram
Garam, gula dan aji-no-moto secukup rasa
Bahan Tambahan:
500gram taugeh
Daun ketumbar
Limau kasturi
Sambal Belacan:
15 biji cili padi
Belacan
Sedikit air perahan limau
Garam dan gula
CARA-CARA PENYEDIAAN
Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak dan empuk. Angkat dan carik-carik biar halus.
Dalam air rebusan yang sama masukkan udang. Jangan biar lama sangat. Angkat dan toskan.
Air rebusan jangan buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
Masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, sos tiram, garam, gula dan aji-no-moto. Biar mendidih seketika.
Sementara itu celurkan bihun dan taugeh.
Goreng dadar telur. Kemudian gulung dan hiris nipis-nipis.
Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula dan perahan limau.
Ambil sedkikit bihun. Letak tauge, ayam yang telah dicarik, telur dadar yang telah dipotong, udang, daun ketumbar dan sambal belacan. Sendukkan kuah laksa Sarawak yang masih panas. Perah limau. Sedia untuk dimakan ketika panas.
Camney? Menyelerakan tak? hahaha...
Nota: Oh ya, buat sesapa yang tak tahu camne rupa Perencah / Pes Laksa Sarawak dan bagi sesapa yang ingin untuk memesannya, layari http://aishoppe.blogspot.com/2008/03/perencah-laksa-sarawak-hj-manan.html
Miss Peru World 2009
-
[image: [Claudia_Carrasco_010.jpg]]
Claudia María Carrasco Sarrio, Miss Cuzco 21 year-old, was crowned Miss
World Peru 2009 during the beauty pageant held ...
Ayam Masak Lemak Cili Padi
-
Turn sapa nak masak malam ni ek? Hehehe.. takpe kita biarkan kak long
tunjuk skill masak lak. Tapi kak long memang expert masak pun, kalau tak,
takkan lah ...
AKADEMI FANTASIA 7 : Aura Bumi Kenyalang
-
Setelah enam musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya
tersendiri di hati para peminat seni tanahair, kini demam AF musim ke-7
kembali menggega...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan