Rabu, 22 April 2009

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Turn sapa nak masak malam ni ek? Hehehe.. takpe kita biarkan kak long tunjuk skill masak lak. Tapi kak long memang expert masak pun, kalau tak, takkan lah abang long sayang kat dia kan? Menu malam ni kak long masak Ayam Masak Lemak Cili Padi, Sayur Green Pak Choy Goreng dengan Udang dan Ikan Timah Goreng Kunyit. Masak lemak lagi? Santan lagi? Hehehe.. nampak gayanya minggu depan perlu diet kot, kalau tak join je The Biggest Looser (ala rancangan kat channel 702 Astro, reality show tentang mereka nak kurus). Korang nak tau, mummy membebel sebab saya kan tiap kali masak ke, ada orang masak ke, confirm ambil gambar masakan mereka. Hehehe.. mummy kata dah tak ada keje ke? Bukan apa, ni kan seperti diari catatan harian saya kan? Cuma yang membezakannya ialah saya akan menulis tentang segala perkara yang saya makan hari-hari. Disamping itu saya akan berusaha untuk berkongsi setiap resipi masakan tersebut. Highlight resipi malam ni yang nak saya share kan kepada semua ialah Ayam Masak Lemak Cili Padi (ni versi kak long, dia tak suka letak bawang).



AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam saiz sedang
3 biji ubi kentang ~ kopek & potong empat
1 kotak santan segera (200 ml)
2 cawan air (tambahan utk kuah ~ kalau tak cukup tambah lagi tp jgn byk nanti kuah cair)
20 biji cili padi (boleh lebihkan atau kurangkan ikut kepedasan yg anda suka) ~ ditumbuk halus
1 inci kunyit hidup ~ ditumbuk halus
2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
garam & perasa
serbuk kunyit ~ jika mau warna kuning yg lebih mengancam

Cara Memasak
Senang jer masaknya... ceburkan semua dlm periuk dan tenggek atas api sederhana.

Tunggu hingga ayam & kentang empuk.. sambil dikacau2 selalu takut santan membuak nanti tak cantik pulak kuah tu.
Rasakan garam & asamnya.. dah siap..

Bingka Labu


Hehe.. best nya baby Delicia ada kat umah. Seronok tengok kenakalan dia. Ye lah satu-satu nya anak buah dalam family ni. So semestinya semua sayang kat dia. Semakin hari semakin comel, confirm ikut abang long yang hensem or ikut kakak ipar yang semestinya cantik. Wakaka... Tapi yang penting we all happy sebab rindu sangat kat abang long and kakak ipar... terutamanya baby Delicia. Meanwhile we all main dengan baby, mak dia (kakak iparlah) sibuk membuat kuih Bingka Labu, ye lah weekend tadi masa berambeh kat umah makcik, mereka berikan buah labu. So kakak ipar berhajat nak buat bingka. Lagipun tak lah membazir kan? Nak buat bingka pun senang ga, paling penting tak payah nak tambah pewarna sebab warna oren labu dah cukup menyerlah. Lagipun kan kuih bingka ni sedap sebab manis.Hehe.. si baby Delicia suka je dia makan, budak dah ada batang 5 batang gigilah katakan.

BINGKA LABU
Bahan-bahan
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos
240 gm gula pasir
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)
1 cawan santan pekat
125 gm marjerin ~ cairkan

Cara Menyediakan
1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul-ketul.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C.
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.


Nota: Cara menguji kuih.. cucuk kuih dengan lidi penguji jika lidi keluar bersih.. bermakna kuih sudah masak.. jika lidi penguji masih bersalut dengan kuih teruskan membakar dengan menurunkan suhu ke 160C utk mengelakkan kuih dari hangus.

Selasa, 21 April 2009

Rendang Hitam Daging, Kerabu Mangga dan Pucuk Geti Masak Lemak

Hari ni mummy tak keje. Awal-awal pagi lagi dah temankan mummy ke pasar. Katanya nak masak masakan kampung. Sebab semalam berselera makan tengah hari. Ye lah gulai lemak siput sedut pastu ada pucuk paku lagi. Lagipun hari ni abang, kakak ipar dan anak buah balik umah mummy. Rindu rasanya nak makan ramai-ramai. Abang keje kat Kedah, so dia bawa lah keluarga dia sekali walaupun mummy keberatan nak suruh kakak ipar ikut sama. Hehehe.. sebenarnya mummy rindukan cucu dia. Mummy beli sayur pucuk geti (kat sesetengah tempat orang panggil pucuk turi ataupun pucuk mungga). Ni kira first time lah saya tengok pucuk geti ni live. Bau pucuk geti ni maung sikit, sesetengah orang mungkin tak suka hidu baunya. Tapi kalau dimasak sedap kot? Hehehe.. Mummy belikan ubi keledek, buah mangga muda pastu tempe. Slurp... buah mangga confirm mummy nak buat kerabu, ye lah abang long memang suka makan kerabu mangga. Ubi keledek lak mummy kata nak masak dengan pucuk geti ni. Then we all ke wet market, mummy kata nak beli daging nak wat rendang. Argh... sedapnya menu tengah hari ni.

Sampai kat umah, seperti biasa tolong mak sediakan hidangan makan tengah hari, ye lah abang long sekeluarga akan sampai dalam pukul 12.00 tengah hari karang. Nak harapkan my lil bro tolong mummy? Tak payah nak berangan, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba je. Biuat sakit hati adalah. Lelaki lah katakan? Hahaha...
Hari ni mummy ajar satu lagi masakan kampung yang baru dalam hidup saya. Pucuk Geti Masak Lemak, Rendang Hitam Daging dan Kerabu Mangga menjadi pilihan menu tengah hari kami.

RENDANG HITAM DAGING
Bahan-bahan
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai di tindik
4 sudu besar kicap pekat
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
2 s/b kerisik
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )

Bahan tumis
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya
  • Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus.
  • Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi.
  • Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili, masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
  • Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
  • Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.


KERABU MANGGA


2 biji mangga muda – diracik halus/ disagat
1 btg carrot – disagat halus
1 biji bwg besar – belah 2 dan mayang
6 biji cili padi – hiris halus
3 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis – perah ambil airnya
garam dan gula secukupnya
½ cawan kacang tanah goreng – tumbuk kasar

Cara penyediaannya
Gaulkan kesemua bahan dan terus boleh dihidang. Jika waktu makan masih lama.. jgn dicampur lagi kacang tanah tadi.. bila hampir nak menghidang barulah taburkan kacang tanah tersebut.



PUCUK GETI MASAK LEMAK

Bahan-bahan
Secekak pucuk geti/turi/mungga (lain tempat lain panggilannya) – lurutkan daunnya dan petik pucuk yg muda
1 ketul keledek kuning – kopek dan potong kiub sederhana
Bagi sesapa yang tak tahu rupa pucuk geti. Disebelah kiri ubi keledek dan sebelah kanan pucuk geti.

santan secukupnya
1 biji bwg besar – belah 8
2 biji cili merah – belah 2
segengam ikan bilis yg telah dibersihkan
garam dan aji-no-moto secukupnya

Cara penyediaanya
Masukkan semua bahan kecuali pucuk geti. Masak hingga keledek separuh empuk. Dikacau selalu supaya santan tidak membuak dan berketul2.Kemudian masukkan pucuk geti dan biarkan hingga masak dan keledek empuk. Rasakan garamnya dan bolehlah dihidang.

Kek Batik Jawa

After lunch dalam pukul 2.00 pm gitu, together-gether dengan adik lelaki kesayangan saya, we all gi lah lepak-lepak kat The Spring, Kuching. Sajer je jalan-jalan cuci mata a.k.a window shopping. Sambil jalan-jalan tu, my lil bro ajak gi lepak kat Secret Recipe. Lama gak tak lepak sana, last sekali masa kat KL hari tu. Teringin sesangat nak makan White Chocolate Macadamia cake.. hehehe.. tetiba teringat kat member lama. Dia ni memang kaki White Chocolate Macadamia cake, leh pulun 4 slices sekali duduk. How is she ek? Coz selepas balik Kuching, saya dengar dia masuk wad kat HKL sebab masalah obesiti dan Kencing Manis. Tu pun member yang bagitau. Berbalik pada Secret Recipe, seperti biasa White Chocolate Macadamia menjadi pilihan saya, then my lil bro pilih Chocolate Banana cake. The price RM6.50 each (ni belum masuk lagi ek tax).

White Chocolate Macadamia Cake

Chocolate Banana Cake

Then tengah menikmati kek, tetiba adik suruh buatkan kek untuk minum petang karang. Hmm.. ok gak, lama dah tak buat kek. Tapi nak buat kek apa ek? Actualy malas sebnarnya nak buatkan kek yang remeh-temeh. On the way balik tu, saya ajak adik singgah sekejap kat Pasar Kampung nak beli Biskut Marie sebab saya nak nbuat kek yang paling sempoi sekali, hehehe.. Kek Batik Jawa.

So disini, saya nak kongsikan resipi yang diajar oleh Mummy dari saya kecil lagi. How to make Kek Batik Jawa yang senang ni. Percayalah budak tadika pun tau camne nak buatkannya.
KEK BATIK JAWA
Bahan-bahan:
450 gm biskut marrie (patah 2 atau 3)
2 cawan milo
1 cawan serbuk koko
2 camca teh serbuk Nescaffe
1 buku (250 gm) mentega
1 tin kecil susu pekat
4 biji telur
3 cawan air mendidih
1 camca teh esen vanilla

Cara:
  • Panaskan air dalam kuali hingga mendidih, padamkan api dapur.
  • Masukkan susu, koko, milo dan Nescaffe. Hidupkan api perlahan, sambil kacau. Setelah sebati, padamkan api.
  • Kacau telur dalam bekas lain, 1 persatu. Setelah bahan di kuali kurang panas, masukkan bancuhan telur, mentega, & hidupkan api perlahan. Kacau hingga sebati.
  • Setelah betul-betul pekat, masukkan Biskut Marrie yang sudah dipatah 2 atau 3. Kacau rata & tutup api.
  • Alaskan acuan dengan plastik/kertas minyak/aluminium foil dan tuangkan adunan sambil menekannya hingga padat.
  • Sejukkan ke dalam peti ais sebelum di potong.

  • Isnin, 20 April 2009

    Masak Lemak Siput Sedut dan Pucuk Paku Tumis Santan

    Apa nak masak hari ni ek? Biasalah bila tengah cuti-cuti Malaysia kat umah, confirm saya yang menjadi tukang masak tak bergaji kat umah ini. Hari ini terasa cam nak buat masakan kampung. Apa lagi pag-pagi buta dah menapakkan diri kat Pasar Tani tak jauh dari rumah. Kiranya hari ni nak sediakan Masak Lemak Tekoyong (Siput Sedut) dan Pucuk Paku Tumis Santan. Sedap tu... apa lagi dah siap masak, terus uploadkan kat blog. Hehehe.. saje nak habaq mai yang cheq ni pandai masak. Kuikuikui.. jangan marah.

    Imbang Penuh

    MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

    Bahan A
    1 kg siput sedut [potong belakangnya..basuh dan toskan] Imbang Penuh2 cawan santan cair
    2 santan pekat [1 biji kelapa]
    1 biji ubi keladi [potong kecil dan rebus...dan toskan]
    1 helai daun kunyit [koyakkan]
    Bahan Mesin
    20 tangkai cili api (ikut pedas)
    3 ulas bawang kecil
    garam
    serbuk kunyit

    Cara:
    1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan sehingga mendidih.
    2. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih sekali lagi.

    PUCUK PAKU TUMIS SANTAN
    Bahan
    2 ikat pucuk paku
    1 cawan santan pekat
    ikan bilis
    1 batang serai ketuk
    garam
    minyak

    Bahan kisar
    7 biji cili api
    3 biji cili merah
    1 sm kunyit hidup
    3 ulas bawang merah
    1 ulas bawang putih

    Cara
    1. Pucuk paku dipotong dan basuh . Toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumisklan serai dan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
    3. Masukkan santan dan garam. Masakkan sampai pekatdan naik minyak.
    4. Masukkan pucuk paku dan ikan bilis. Kacau rata.
    5. Rasakan garam dan tutup api.



    Umai Obor-obor


    Pernah makan umai? Obor obor? Bagi orang Sarawak umai adalah delicacy yang popular seperti juga budu di Terengganu, air asam di Kedah dan cencaluk di Melaka. Ada beberapa jenis bahan utama yang digunakan untuk buat umai. 3 yang utama ialah ikan, udang dan obor obor. Yang menariknya, bahan-bahan yang digunakan untuk membuat umai tidak dimasak, sebaliknya dipotong potong halus, digaul dengan bahan bahan lain seperti hirisan tomato, cili, bawang dan hirisan limau. Umai ikan dan udang senang dijumpai, tetapi obor obor pula kadang kadang jumpa, kadang kadang tidak. Kebetulan waktu singgah di Wisma Satok tadi, sempatlah singgah di kedai Molly’s Place di tingkat 4, yang dulu pernah disinggah oleh Maria Tunku Sabri untuk program JJCM. Memandangkan belum pernah rasa umai obor obor, saya pun belilah. Kira boleh tahanlah jugak rasa dia. Masam masam gitu. Berani makan?

    Di sini saya nak kongsikan resepi Umai Obor-Obor. Untuk pengetahuan semua Umai merupakan sejenis makanan tradisi masyarakat Melanau di Sarawak. Ia dibuat daripada isi Ikan mentah.


    Umai Obor-Obor
    1. 300 gram Obor-Obor masin

    2. Dua batang cili merah (dihiris nipis)
    3. Sebiji bawang besar (dihiris nipis)

    4. Dua biji bawang merah (dihiris nipis)

    5. 1 sudu serbuk kacang tanah (yang telah digoreng & ditumbuk)
    6. 5 - 7 biji limau kasturi
    7. Ajinomoto secukup rasa

    Cara-Cara Membuatnya
    1. Rendam Obor-Obor untuk mengurangkan rasa masinnya selama beberapa jam

    2. Tus & hiris Obor-Obor kecil-kecil.

    3. Potong dan perah semua limau kasturi, gaulkan dengan Obor-Obor.

    4. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi.

    5. Masukkan serbuk kacang tanah.

    6. Gaul sehingga sebati, tambah Ajinomoto secukup rasa.

    7. Hidangkan.

    Umai Obor-Obor amat sesuai dijadikan pembuka selera, kalau nak pedas tambahkan cili api. Tak perlu tambah garam kerana Obor-Obor sudah masin. Kalau tak nak terlalu masam, kurangkan limau. Selamat mencuba resipi ini khas dari Sarawak.

    Pansuh Manok

    Sunday tadi, seperti kebiasaannya Mummy ajak we all semua berambeh kat umah makcik di Matang Jaya. Ni adalah tradisi keluarga we all, setiap hujung minggu we all akan spentkan time menziarahi adik-beradik mummy. The best part is sebab ada makan-makan. Dpendekkan cerita, menu we all (disediakan oleh aunty Rose) for lunch hari tu meman best gile. We all ada cekur manis dengan sayur labu kuning, Pansuh Manok atau ayam masak di dalam buluh, sambal belacan dan ulam-ulam, yang paling best makcik sediakan nasi bungkus dalam daun. Pergh.. time makan memang tak ingat, sampai dua bungkus saya makan. Hehehe.. sedap sehingga menjilat jari.

    Pansuh Manok (Ayam masak di dalam Buluh)

    So sempatlah tanyakan kat Mummy, camne nak buat Pansuh Manok ni. Rupa-rupanya nak masak pansuh ni tak de lah susah sangat pun. Ringkas dan cepat disediakan. Lagi satu, bagi saya pansuh manok ni kiranya makanan yang sihat sebab ia tak melibatkan penggunaan minyak dan tak perlu digoreng. So bagi korang yang nak belajar bagaimana nak masak pansuh ayam ni, jom lah try resipi yang saya bagi ni.

    PANSUH AYAM (ALA BIDAYUH)
    BAHAN-BAHAN

    1 ekor ayam
    1 ikat pucuk ubi kayu
    3 batang serai (diketuk)
    3 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
    2 inci halia (dihiris)
    Garam dan aji-no-moto secukup rasa
    Umbut lengkuas sebagai pewangi
    Buluh sederhana besar

    CARA-CARA PENYEDIAAN

    1. potong ayam sederhana besar dan cuci bersih. (jangan terlalu besar nanti tak muat masuk dalam buluh).
    2. perap ayam dengan bawang, halia, serai, garam dan aji selama 3 minit.
    3. ambik pucuk ubi yang masih muda, cuci dan ramas menggunakan garam kira2 1/4 sudu teh ( jangan terlalu banyak garam nanti masin).
    4. gaulkan daun ubi yang telah diramas sederhana lumat dengan ayam yang telah diperap tadi.
    5. cuci buluh terlebih dahulu kemudian masukkan ayam dan daun ubi yang telah digaul tadi.
    6. bakar buluh yang telah diisi ayam menggunakan api kayu (seperti membakar lemang).
    7. setelah ayam mendidih, bakar lagi selama 30 minit.
    8. apabila telah masak, tuangkan ayam ke dalam mengkuk yang sederhana besar dan boleh dihidang.

    Buat pengetahuan korang, Pansuh Manok sememangnya popular di Sarawak, masakan ini dipelopori oleh suku kaum Iban dan Bidayuh. Thanks Aunty Rose sebab jemput we all semua having lunch kat rumah aunty. Next time jemput lah lagi ek? Hehehe..

    Nasi dibungkus dengan daun

    Cekur manis dimasak bersama labu kuning

    Hehehe.. best tau makan dengan nasi bungkus dalam daun.. Mesra Alam!